ramai pengikut , tua dan muda , jantan dan betina
dialah ikon, dialah wali suci ( baca wali itu dewa )
seliparnya dicuri buat berkat
air basuhan tangannya di buat penawar
tahinya ? mungkin buat lumuran muka pengikutnya
Orang tua ini,
rajin benar solat dikhalayak
ditepi jalan pun jadi, di dalam semak pun boleh
yang lainnya berkumpul melihat
gambar begini tinggi nilainya
buat lelongan jadinya
untuk tabung syurga tipu-tipuanya
Orang tua ini
lain benar fatwanya
yang Islam dikafirkan
yang kafir dipeluknya
asalkan ada undinya
neraka dan syurga ditangannya
Orang tua ini
semakin tua dan semakin lupa
syurga dan neraka
iman dan taqwa
kafir dan Islamnya
bukan ditangan berkedutnya
Orang tua ini
tersesatkah dia ?
seperti Azazil terpesongnya
keduanya juga bodoh sombong
tetapi janganlah hairan
kerana Azazil juga ada tenteranya
mungkin orang tua ini Jenderalnya
Waliya Nauzubillah....
Jauhilah orang tua ini .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan